Pada 22 – 24 November 2025, ACT Consulting Sdn Bhd telah menganjurkan program PERKESO: Building Exceptional Customer Services bertempat di Mercure Hotel Trion, Kuala Lumpur, melibatkan seramai 30 orang peserta.
Program ini dirangka khusus bagi memperkukuh kemahiran pegawai dalam mengurus interaksi pelanggan awam dengan lebih empati, profesional dan bertanggungjawab, selari dengan keperluan perkhidmatan pelanggan masa kini yang semakin kompleks dan mencabar.

Program selama tiga hari ini dikendalikan oleh Coach Faizi bin Abdul Karim, yang membawa pendekatan pembelajaran berteraskan pengalaman, refleksi kendiri dan aktiviti praktikal. Fokus utama program adalah membantu peserta berkomunikasi dengan empati, mengendalikan pertanyaan serta aduan dengan tenang dan jelas, serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.
Antara modul utama yang diketengahkan termasuk:
- Building Service Culture, Start With Me
- Finding Meaning of Work
- Growth vs Fixed Mindset
- Service From The HEART
- Managing Complaints
- Happy & Healthy Life

Sepanjang program, suasana pembelajaran dilihat ceria, bersemangat dan penuh penglibatan aktif. Setiap sesi disokong dengan aktiviti kumpulan, simulasi, senaman ringan dan perbincangan terbuka bagi memastikan peserta kekal fokus serta tidak merasa tertekan atau bosan.
Maklum balas peserta menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap penyampaian modul dan gaya fasilitator. Peserta menyatakan modul yang disampaikan padat, relevan dan mudah difahami, di samping pendekatan trainer yang mesra, responsif dan menjiwai setiap perkongsian.

Antara impak utama program yang dikenal pasti termasuk peningkatan kefahaman tentang pengurusan pelanggan menggunakan pendekatan V.A.K, 5 Pillars of H.E.A.R.T, serta 6 Levels of Customer Service. Ramai peserta turut menyatakan keinginan untuk tempoh bengkel yang lebih panjang bagi mendalami lagi ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
ACT Consulting percaya bahawa perkhidmatan pelanggan yang cemerlang bermula daripada mindset, makna kerja dan nilai diri. Program ini bukan sahaja memperkasa kemahiran teknikal perkhidmatan, malah menyentuh aspek emosi, sikap dan kesejahteraan peserta sebagai insan yang berkhidmat.
Ingin membina pasukan perkhidmatan pelanggan yang lebih empatik, profesional dan berjiwa besar?
Hubungi ACT Consulting Sdn Bhd untuk merangka program latihan yang disesuaikan dengan keperluan organisasi anda.



