Heartset Vaccine Program: Membina Kolaborasi Berasaskan Kekuatan Diri

Pada 15–16 Disember 2025 dan 17–18 Disember 2025, ACT Consulting Sdn Bhd telah melaksanakan program Heartset Vaccine Program – Talent Based Collaboration secara dalam talian, dengan kerjasama Nasken Coffee. Program ini dilaksanakan dalam dua batch, melibatkan seramai 40 orang peserta (Batch 1: 20 pax, Batch 2: 20 pax).

Program ini dirangka untuk membantu peserta mengenal pasti kekuatan diri berasaskan Talent DNA, memahami corak kerja semula jadi mereka, serta membina kolaborasi yang lebih efektif dalam pasukan melalui pendekatan kekuatan (strength-based approach).

Program ini dikendalikan oleh Coach Faizi bin Abdul Karim, yang membimbing peserta meneroka potensi diri secara mendalam serta mengaitkannya dengan peranan, tanggungjawab dan makna kerja. Fokus utama program adalah membina growth mindset, kesedaran kendiri dan kefahaman bahawa setiap individu mempunyai keunikan yang boleh menyumbang secara signifikan kepada kejayaan organisasi.

Antara objektif utama program ini adalah:

  • Mengenalpasti kekuatan diri melalui Talent DNA dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan serta pekerjaan
  • Menemukan pattern kerja semula jadi berdasarkan talent individu
  • Memahami kepentingan growth mindset dalam pembangunan diri dan pasukan
  • Menemukan makna dalam pekerjaan agar setiap tugasan dilaksanakan dengan lebih sedar dan bermakna

Sepanjang program, peserta dibawa melalui modul dan aktiviti utama seperti:

  • Kisah kejayaan diri dan talent yang digunakan
  • Menyusun semula susun atur talent (rearrange my talent)
  • Mengenalpasti spotlight dan blindspot talent
  • Meneroka kolaborasi antara talent individu dan talent pasukan
  • Menemukan Talent Intelligence sebagai asas prestasi dan kerjasama

Walaupun dilaksanakan secara atas talian, suasana program berlangsung dengan sangat interaktif dan bertenaga. Setiap aktiviti disusun khusus untuk kaedah online, termasuk breakout room discussion, projek kumpulan, kuiz interaktif serta penglibatan aktif melalui ruang chat.

Respon peserta amat memberangsangkan, dengan tahap penglibatan yang tinggi sepanjang sesi. Pendekatan yang praktikal dan relevan menjadikan peserta lebih mudah memahami kekuatan diri serta melihat potensi kolaborasi dalam pasukan masing-masing.

Maklum balas peserta (seperti dalam lampiran snapshot) menunjukkan program ini membantu meningkatkan kesedaran kendiri, keyakinan terhadap kekuatan sendiri serta kefahaman baharu tentang bagaimana talent boleh digembleng untuk mencapai hasil yang lebih baik bersama pasukan.

ACT Consulting percaya bahawa kolaborasi yang berkesan bermula daripada pemahaman diri, diikuti dengan kesediaan untuk menghargai dan memanfaatkan perbezaan dalam pasukan. Program ini menjadi platform penting dalam membina budaya kerja yang saling melengkapi, bermakna dan berimpak tinggi.

Ingin membangunkan pasukan yang berkolaborasi berasaskan kekuatan dan potensi sebenar?
Hubungi ACT Consulting Sdn Bhd untuk merangka program pembangunan insan yang sesuai dengan keperluan organisasi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get in Touch with ACT Consulting

Have questions or need expert guidance? Our team at ACT Consulting is here to help. Whether you’re looking for tailored solutions, consultation, or support, we’re just a message away.  Reach us through our contact details, and we’ll respond promptly.